Tuesday, October 7, 2008

CATITAN RAYA

Suka duka hari raya…

Raya tahun ini merupakan sambutan yg kurasakan lain dari tahun-tahun sebelum ini.

Ada gembira, ada duka ..

I

Dalam kehidupan ini kekadang ada perkara yg kita tak jangka kita dapat lakukan adakalanya bila keadaan terdesak kita terpaksa lakukan dan kita berjaya laksanakan perkara -perkara yg di luar jangkaan kita…

Ada masanya kita berdepan dengan situasi yg mencemaskan, mendebarkan, membuat kan kita kadang-kadang hilang pertimbangannamun Allah mengurniakan kita dengan akal fikiran untuk kita berfikir ..mana satu yang sewajarnya dilakukan..

II

Raya tahun ini kehilangan salah seorang anggota keluarga dan seorang kenalan menambahkan lagi rasa keinsafan pada diri dengan kekuasaan yg maha esa…daripada Dia kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali….

Harta, pangkat dan wang ringgit sudah tidak berguna lagi jika ajal datang menjemput kita pulang..Anak-anak yang disayangi, isteri dan apa juga yang menjadi kebanggaan diri sudah tidak bererti lagi…

III

Sekali lagi hari kemenangan bagi umat Islam di raikan dengan cebisan dosa. Bersalaman memohon kemafaan menjadi satu budaya penting dan amat digalakkan dalam Islam tetapi dicemari dengan bersalaman di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dan berhari raya sehingga melupakan solat fardu, Maka kesucian dan hari kemenangan menjadi hari kekalahan di akhirat kelak.

IV

Menjadi satu pengajaran bahawa pentingnya iman di dada setiap kita yang mengaku muslim. Dengan imanlah dapat kita mendidik anak yang soleh dan dari anak yang soleh menjadi keluarga yang dirahmati dan akhirnya membuah masyarakat atau ummah yang diredhoi Allah s.w.t .

Daripada Yahya bin Muadz Ar-razi , beliau selalu berdoa Ya Allah sesungguhnya yang sangat mengembirakan aku adalah kerana Engkau memberiku iman tetapi aku takut kalau-kalau iman ini dicabut dari aku maka selama mana perasaan takut ini berada di dalam hatiku , ku mengharap dan merayu janganlah dicabut iman ini dariku.

No comments: