Tuesday, October 21, 2008

Berkunjung ke Kellie's Castle


Sempat berkunjung ke satu tempat sejarah yang menarik di Batu Gajah, Perak. Kellie Castle atau Istana Kellie yang terletak beberapa kilometer dari bandar Ipoh mengamit saya mendekati istana lama di negeri Perak ini. Dengan bayaran sebanyak RM 4 bagi dewasa ( bagi saya agak mahal ), kita dapat menjelajah di setiap ruang Istana Kellie.



Sejarah Kellie Castle ini menarik perhatian saya kerana ianya seperti sejarah pembinaan Taj Mahal di Agra, India, sepertimana Shah Jehan membina Taj Mahal untuk isterinya Mumtaz begitu juga dengan William Kellie Smith, seorang peniaga yang berasal dari Scotland membina istana ini untuk isterinya Agnes. Istana ini dibina di atas tanah pemilik estate iaitu Alma Baker yang merupakan rakan perniagaannya.



Ruang di tingat dua istana, di sini dikatakan roh Kellie berkeliaran.

Istana ini dibina pada tahun 1915 oleh tenaga kerja dari Madras, India. Kellie mengagumi budaya Hindu dan kerana itulah beliau menggunakan tenaga kerja dari India. Istana ini tidak dapat disiapkan kerana semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja-pekerjanya seperti wabak Spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua yang terus membantutkan usaha pembinaannya.


Pada tahun 1926 ketika Kellie berkunjung ke Portugal untuk menempah lift yang akan digunakan di Istananya , beliau mengalami masalah radang paru-paru dan meninggal dunia di Portugal. Lift yang ditempah merupakan lift pertama yang akan diguna pakai di Malaya pada masa itu dan merupakan lift pertama di Malaysia tetapi beliau tidak sempat membawa lift itu ke Malaya. Isterinya yang masih berada di Malaya pada masa itu terus berpindah ke Scotland dan Kellie's Castle dijual kepada syarikat Harrisons & Crossfied.



Menanti lift dari Portugal

Kini, Kelly Castle masih berdiri kukuh di tempatnya dan diambil alih penjagaannya di bawah syarikat persendirian dengan pemantauan dari kerajaan negeri. Kisah-kisah misteri di Kellie Castle turut juga menjadi tumpuan, kerana ada dikalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya.


Pokok gambar beruang

No comments: