Thursday, October 23, 2008

Light Shining Forth

"Yearning for Allah and His meeting is like the gentle breeze blowing upon the heart,extinguishing the blaze of the world, whosoever caused his heart to settle with this Lord shall be in a state, clam and tranquility and whosoever sent it amongst the people shall be disturbed and excessively perturbed "

- Ibn Qayyim Al- Jauziyyah -

Aku Seorang Pengembara

Surat Dakwah II

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Daripada Muhammad Utusan Allah kepada Al Harith bin Abi Syammar. Kesejahteraan semoga atas orang yang mengikut pentunjuk yang benar dan percaya kepada Allah serta membenarkan.

Dan sesungguhnya saya berseru kepada engkau, bahawa engkau hendaklah percaya kepada Allah s.w.t sendiriNya, tidak ada sekutu bagi Allah , bila engkau mengikuti maka akan kekal lah kerajaan engkau.


Surat ini dikirimkan kepada Al-Harith bin Abi Syammar, wakil Kaisar Rom di Damaskus, di bawa oleh Syujak bin Wahab Al-Madi. Menurut riwayat, Syujak setibanya di Damaskus lalu menyampaikan surat itu kepada Al-Harith dan ketika itu Al-Harith sedang bersiap-siap hendak berangkat ke Iliya untuk menyambut kedatangan Hercules Kaisar Romawi Timur, yang sedang dalam perjalanan menuju ke kota tersebut untuk menyempurnakan nazarnya di Baitul Maqdis.

Tuesday, October 21, 2008

Berkunjung ke Kellie's Castle


Sempat berkunjung ke satu tempat sejarah yang menarik di Batu Gajah, Perak. Kellie Castle atau Istana Kellie yang terletak beberapa kilometer dari bandar Ipoh mengamit saya mendekati istana lama di negeri Perak ini. Dengan bayaran sebanyak RM 4 bagi dewasa ( bagi saya agak mahal ), kita dapat menjelajah di setiap ruang Istana Kellie.



Sejarah Kellie Castle ini menarik perhatian saya kerana ianya seperti sejarah pembinaan Taj Mahal di Agra, India, sepertimana Shah Jehan membina Taj Mahal untuk isterinya Mumtaz begitu juga dengan William Kellie Smith, seorang peniaga yang berasal dari Scotland membina istana ini untuk isterinya Agnes. Istana ini dibina di atas tanah pemilik estate iaitu Alma Baker yang merupakan rakan perniagaannya.



Ruang di tingat dua istana, di sini dikatakan roh Kellie berkeliaran.

Istana ini dibina pada tahun 1915 oleh tenaga kerja dari Madras, India. Kellie mengagumi budaya Hindu dan kerana itulah beliau menggunakan tenaga kerja dari India. Istana ini tidak dapat disiapkan kerana semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja-pekerjanya seperti wabak Spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua yang terus membantutkan usaha pembinaannya.


Pada tahun 1926 ketika Kellie berkunjung ke Portugal untuk menempah lift yang akan digunakan di Istananya , beliau mengalami masalah radang paru-paru dan meninggal dunia di Portugal. Lift yang ditempah merupakan lift pertama yang akan diguna pakai di Malaya pada masa itu dan merupakan lift pertama di Malaysia tetapi beliau tidak sempat membawa lift itu ke Malaya. Isterinya yang masih berada di Malaya pada masa itu terus berpindah ke Scotland dan Kellie's Castle dijual kepada syarikat Harrisons & Crossfied.



Menanti lift dari Portugal

Kini, Kelly Castle masih berdiri kukuh di tempatnya dan diambil alih penjagaannya di bawah syarikat persendirian dengan pemantauan dari kerajaan negeri. Kisah-kisah misteri di Kellie Castle turut juga menjadi tumpuan, kerana ada dikalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya.


Pokok gambar beruang

Friday, October 17, 2008

Kata-kata...

Seketika sebelum keluar dari kereta dj radio membacakan petikan kata-kata hikmah yang dihantar oleh pendengar...

"Janganlah kamu menerima seseorang kerana kecantikannya kerana suatu hari nanti ia akan pudar...jgnlah kamu menerima seseorang kerana kekayaannya tetapi terimalah seseorang yang mampu membuat kau tersenyum kerana senyuman itu boleh memberi sinar pada hari yang gelap...."

Tuesday, October 7, 2008

CATITAN RAYA

Suka duka hari raya…

Raya tahun ini merupakan sambutan yg kurasakan lain dari tahun-tahun sebelum ini.

Ada gembira, ada duka ..

I

Dalam kehidupan ini kekadang ada perkara yg kita tak jangka kita dapat lakukan adakalanya bila keadaan terdesak kita terpaksa lakukan dan kita berjaya laksanakan perkara -perkara yg di luar jangkaan kita…

Ada masanya kita berdepan dengan situasi yg mencemaskan, mendebarkan, membuat kan kita kadang-kadang hilang pertimbangannamun Allah mengurniakan kita dengan akal fikiran untuk kita berfikir ..mana satu yang sewajarnya dilakukan..

II

Raya tahun ini kehilangan salah seorang anggota keluarga dan seorang kenalan menambahkan lagi rasa keinsafan pada diri dengan kekuasaan yg maha esa…daripada Dia kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali….

Harta, pangkat dan wang ringgit sudah tidak berguna lagi jika ajal datang menjemput kita pulang..Anak-anak yang disayangi, isteri dan apa juga yang menjadi kebanggaan diri sudah tidak bererti lagi…

III

Sekali lagi hari kemenangan bagi umat Islam di raikan dengan cebisan dosa. Bersalaman memohon kemafaan menjadi satu budaya penting dan amat digalakkan dalam Islam tetapi dicemari dengan bersalaman di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dan berhari raya sehingga melupakan solat fardu, Maka kesucian dan hari kemenangan menjadi hari kekalahan di akhirat kelak.

IV

Menjadi satu pengajaran bahawa pentingnya iman di dada setiap kita yang mengaku muslim. Dengan imanlah dapat kita mendidik anak yang soleh dan dari anak yang soleh menjadi keluarga yang dirahmati dan akhirnya membuah masyarakat atau ummah yang diredhoi Allah s.w.t .

Daripada Yahya bin Muadz Ar-razi , beliau selalu berdoa Ya Allah sesungguhnya yang sangat mengembirakan aku adalah kerana Engkau memberiku iman tetapi aku takut kalau-kalau iman ini dicabut dari aku maka selama mana perasaan takut ini berada di dalam hatiku , ku mengharap dan merayu janganlah dicabut iman ini dariku.

SALAM IDULFITRI


SALAM IDULFITRI MAAF ZAHIR BATIN