Saturday, September 27, 2008

Balik Kampung!!

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..

Erm lepas Subuh ni insyaallah kami akan pulang ke kampung halaman.
Semoga perjalanan kali ni berjalan lancar dan dimudahkan Allah..
Kepada semua diucapkan Selamat Menyambut Syawal yg mulia..
Semoga di akhir Ramadhan ini kita akan lebih menghayati kebesaran
dan kemuliaan bulan barakah ini serta memperbanyakkan ibadah
di 10 mlm terakhir sabda Rasulullah:
"Perbanyakkanlah ibadah di 10 mlm terakhir Ramadhan.."

Mungkin saya akan meninggalkan blog ini selama seminggu sepanjang
cuti hari raya dan inshallah akan kembali dengan "posting" yang baru dan lebih menarik. Doakan saya beristiqamah dalam menulis. Shukran jazilan :)

Maaf dipinta jika ada salah dan silap..dihalalkan segalanya..buat sahabat-sahabat
yang mengenali diri ini..ilalliqad...

Thursday, September 25, 2008

Surat Dakwah 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Daripada Muhammad Utusan Allah kepada Kisra, Pembesar negara Persia. Kesejahteraan semoga atas yang mengikut pentunjuk ( yang benar ) dan yang beriman kepada Allah s.w.t dan kepada rasulNya dan yang telah menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melaikan Allah sendiriNya, tidak ada sekutu bagiNya dan bahawasanya Muhammad itu hambaNya dan PesuruhNya . Aku berseru kepada engkau dengan seruan Allah s.w.t Yang MAha Gagah dan Maha Tinggi kerana sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada umat seluruh manusia, pemberi peringatan kepada orang-orang yang hidup ( hatinya ) dan supaya pastilah ketetapan ( azab ) terhadap orang-orang kafir. Islamlah engkau, agar engkau selamat. Jika engkau enggan ( menolak ) maka sesungguhnya atas engkaulah dosa orang Majusi.

Surat Dakwah Rasullulah s.a.w kepada Kisra Abrawaiz, Raja Persia
Riwayat Al-Hudhari dalam Nurul Yakin

Wednesday, September 24, 2008

DOA RABITAH

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati -hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tiada kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan. Ameen Ya Rabb....

Antara Dua Cinta


Antara Dua Cinta

Artist: Raihan
Album: Allahu
Song Category: Nasyid

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Tuesday, September 23, 2008

" Kadang-kadang Allah uji kita dengan orang yang paling kita sayang "
..... Kak Sha.....

Monday, September 22, 2008

SALAM


Telah biasa bagi kita umat Islam memberi salam dengan ucapan di atas yang bererti salam sejahtera ke atas kamu. Salam sering sekali diambil mudah oleh kebanyakkan kita umat Islam masa kini sedangkan hadis nabi dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi sal
am kepada orang yang ramai( Hadis Muslim no. 4019 )



Malahan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan yang terbaik telah memberi salam kepada kanak-kanak walaupun baginda merupakan seorang lelaki dewasa. Ini menunjukkan betapa kelebihan dan kepentingan salam itu sendiri kepada umat Islam. Dari Anas bin Malik r.a berkata
Rasulullah s.a.w pernah datang kepada kanak-kanak, lalu baginda mengucapkan salam kepada mereka ( Hadis Muslim no. 4031)

“Seorang lelaki datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengucapkan: maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawabnya, kemudian orang itu duduk, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sepuluh kebaikan. Kemudian datang lagi seorang yang lain seraya mengucapkan : , maka Baginda menjawabnya, kemudian orang tersebut duduk. Baginda bersabda: “Dua puluh kebaikan. Kemudian datang pula seorang yang lain, maka ia mengucapkan : “”, maka Baginda menjawabnya, lalu orang tersebut duduk. Baginda bersabda: “Tiga puluh kebaikan.”

(Hadis riwayat At-Termizi)


Sesiapa yang memulakan mengucapkan salam adalah lebih afdal. Oleh kerana itu, kita dianjurkan ketika saling berjumpa berusaha untuk memulai mengucapkan salam terlebih dahulu. Sepertimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah orang yang memulai mengucapkan salam kepada mereka.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Mengucapkan salam mempunyai tatacaranya yang tersendiri. Ketika kita bertemu sesama saudara Islam, disunatkan memberi salam sehingga dapat didengar oleh orang yang diberi salam. Jika orang yang diberi salam tidak mendengarnya, maka ucapannya itu belum dikira salam dan yang diberi salam tidak wajib menjawabnya.

Oleh itu, disunatkan menyaringkan suara sehingga terdengar oleh orang yang diberi salam. Apabila ia ragu, maka ia harus menyaringkan lagi dengan sejelas-jelasnya melainkan jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur, maka disunatkan merendahkan suaranya hanya didengar oleh orang yang bangun sahaja sehingga tidak membangunkan orang yang sedang tidur.

Daripada Miqdad Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: “Kami menyerahkan susu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai bahagian Baginda, maka pada suatu malam Baginda datang lalu memberi salam dengan salam yang tidak membanguni orang tidur dan hanya dapat didengar oleh orang yang bangun. Saya tidak dapat tidur sedang dua orang sahabat saya semua tidur, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam datang lalu memberi salam sebagaimana tadinya Baginda memberi salam.”

(Hadis riwayat Muslim)

SALAM RAMADHAN

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan

Diucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah selalu.
Semoga ramadhan kali ini memberi kita rasa keinsafan dan ruang untuk menambah amal di bulan yang penuh keberkatan ini...

SAHABAT DAN KAWAN

Sahabat & Kawan





Sungguh tidak ada sesuatupun yang lebih indah di dunia ini dibandingkan dengan kesempatan untuk
dikelilingi oleh sahabat-sahabat sejati yang sikapnya tidak didasarkan kepada kekayaan atau apa-apa alasan.
Sahabat sejati adalah mutiara yang berkilau di mana pun berada.
Sahabat dalam penderitaan adalah orang yang paling kita hargai.
Kita lebih boleh mempercayai orang-orang yang memberikan bantuan di tengah-tengah masa gelap,
daripada orang yang yang begitu menanti peluang untuk bersenang-senang menikmati kemakmuran yang kita miliki.
Tapi bukan satu kesalahan pula untuk berkawan walaupun kadang kadang ada kawan makan kawan.
Dan beralah tidak bermakna kita kalah...