Monday, September 22, 2008

SALAM


Telah biasa bagi kita umat Islam memberi salam dengan ucapan di atas yang bererti salam sejahtera ke atas kamu. Salam sering sekali diambil mudah oleh kebanyakkan kita umat Islam masa kini sedangkan hadis nabi dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi sal
am kepada orang yang ramai( Hadis Muslim no. 4019 )



Malahan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan yang terbaik telah memberi salam kepada kanak-kanak walaupun baginda merupakan seorang lelaki dewasa. Ini menunjukkan betapa kelebihan dan kepentingan salam itu sendiri kepada umat Islam. Dari Anas bin Malik r.a berkata
Rasulullah s.a.w pernah datang kepada kanak-kanak, lalu baginda mengucapkan salam kepada mereka ( Hadis Muslim no. 4031)

“Seorang lelaki datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengucapkan: maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawabnya, kemudian orang itu duduk, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sepuluh kebaikan. Kemudian datang lagi seorang yang lain seraya mengucapkan : , maka Baginda menjawabnya, kemudian orang tersebut duduk. Baginda bersabda: “Dua puluh kebaikan. Kemudian datang pula seorang yang lain, maka ia mengucapkan : “”, maka Baginda menjawabnya, lalu orang tersebut duduk. Baginda bersabda: “Tiga puluh kebaikan.”

(Hadis riwayat At-Termizi)


Sesiapa yang memulakan mengucapkan salam adalah lebih afdal. Oleh kerana itu, kita dianjurkan ketika saling berjumpa berusaha untuk memulai mengucapkan salam terlebih dahulu. Sepertimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah orang yang memulai mengucapkan salam kepada mereka.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Mengucapkan salam mempunyai tatacaranya yang tersendiri. Ketika kita bertemu sesama saudara Islam, disunatkan memberi salam sehingga dapat didengar oleh orang yang diberi salam. Jika orang yang diberi salam tidak mendengarnya, maka ucapannya itu belum dikira salam dan yang diberi salam tidak wajib menjawabnya.

Oleh itu, disunatkan menyaringkan suara sehingga terdengar oleh orang yang diberi salam. Apabila ia ragu, maka ia harus menyaringkan lagi dengan sejelas-jelasnya melainkan jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur, maka disunatkan merendahkan suaranya hanya didengar oleh orang yang bangun sahaja sehingga tidak membangunkan orang yang sedang tidur.

Daripada Miqdad Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: “Kami menyerahkan susu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai bahagian Baginda, maka pada suatu malam Baginda datang lalu memberi salam dengan salam yang tidak membanguni orang tidur dan hanya dapat didengar oleh orang yang bangun. Saya tidak dapat tidur sedang dua orang sahabat saya semua tidur, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam datang lalu memberi salam sebagaimana tadinya Baginda memberi salam.”

(Hadis riwayat Muslim)

No comments: