Tuesday, November 4, 2008

Mengekalkan Kebahagiaan Perkahwinan

Allah s.w.t menciptakan nikah ataupun perkahwinan adalah untuk menambah rasa kasih sayang di antara dua individu. Rasullah s.a.w bersabda daripada Ibnu Abas r.a
" kita tidak dapat melihat sesuatu yang dapat meningkat rasa kasih sayang di antara dua individu lelaki dan wanita kecuali dengan nikah " Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Ada banyak cara untuk menambah rasa kasih sayang di antara pasangan bagi mencapai dan mengekalkan kebahagiaan rumahtangga dan perkahwinan. Antaranya ;

1 ) Takut kepada Allah ; Nabi Muhammad s.a.w menyuruh pasangan yang sebelum bernikah supaya menanam rasa takut kepada Allah sebelum berkahwin . Ayat-ayat Al-Quran dari surah An-Nisa 14, Al-Ahzab 69, Ali Imran 101 menyampaikan mesej -mesej takwa ( takutkan Allah ) . Apabila pasangan itu takutkan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah maka secara langsung mereka takut untuk melakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan perkahwinan.

2 ) Mengawal dan menjaga amarah sesama pasangan ; Kemarahan salah satu punca keruntuhan perkahwinan. Marah yang tidak disebabkan oleh Allah s.w.t maka kemurkaan dan kemarahan itu dari syaitan. Seorang sahabat pernah mendatangi Rasullulah s.a.w untuk mendapatkan nasihat dan Rasullulah menasihatinya dengan berkata " Jagalah amarah kamu , jagalah amarah kamu, jagalah amarah kamu "

3 ) Beralah ; Bila berlaku sesuatu perbalahan salah seorang suami atau isteri perlu beralah, biarlah pasangan anda memenangi perbalahan tersebut demi menjaga hati dan hubungan perkahwinan. Rasullulah s.a.w bersabda " Sesiapa yang beralah dalam sesuatu perbalahan maka tempatnya di syurga "

4 ) Jangan meninggi suara atau menjerit-jerit terhadap pasangan (kecuali berlaku kebakaran ) ; Luqman a.s menasihati anaknya dengan berkata " Rendahkanlah suara kamu kerana seburuk-buruk suara ialah suara keldai ( Surah Luqman ayat 19 )

5 ) Jangan mengungkit kesilapan lama pasangan ; Rasullulah s.a.w bersabda " Sesiapa yang mengaibkan orang lain maka Allah akan mengaibkannya di hari kiamat kelak " An-Nasai

6 ) Tegur dengan kasih sayang ; Jika pasangan melakukan sesuatu yang tidak mengembirakan maka tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah . Rasullah s.a.w bersabda " Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain " Abu Dawud

7 ) Menjaga hak pasangan ; Salman r.a menasihati Abu Darda r.a dengan berkata " Sesungguhnya atas Tuhanmu ada hak ke atas kamu, untuk badanmu ada hak ke atas kamu dan isterimu ada hak ke atas kamu. Maka peliharalah hak-hak(tanggugjawab) ini. - An-Nasai -

8 ) Jangan tidur bersama sebelum menyelesaikan salah faham atau perbalahan ; Daripada Abu Bakar r.a berkata " Selesaikanlah sebarang perbalahan dengan isterimu sebelum kamu berdua tidur bersama "

9 ) Ucapkan terima kasih kepada pasangan ; Sekali dalam sehari ucapkanlah rasa terima kasih kepada pasangan anda. Rasullulah s.a.w bersabda " Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia lain maka dia tidak berterima kasih kepada Allah. ( Abu Dawud )

10 ) Memohon maaf ; jika anda melakukan sebarang kesalahan kecil ataupun besar maka bersiap sedialah untuk memohon kemaafan dari pasangan anda. Nabi s.a.w bersabda " Setiap anak Adam itu tidak lupa dari melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka adalah mereka yang memohon keampunan . Riwayat At-Tirmidzi .

1 comment:

Unknown said...

terima kasih atas tips Perkahwinan..byk yg perlu sy pelajari lagi...